Senin, 12 Maret 2012

ISKANDAR ZULKARNAIN

Dia dilahirkan di Macedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak
yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu
pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan
kimia.
Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat
perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia)
dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya
dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah
menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi,
menghancurkan banyak harta benda.
Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang
sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar
yang meliputi Timur dan Barat.
Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud
dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang
yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang
ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat
membawa dia sampai dipantai cita-citanya.
Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia
menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya
matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang
bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini.
Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir,
hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa
itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan
mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka
membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun.
Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar
Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk
kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan
terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan
digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja?
Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah
satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai
balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan
dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada
kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan.
Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur
mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan
membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara
mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan
kata-katanya yang ningkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa
dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa
yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik,
akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan
kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan
yang ringan saja.
Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang
kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu
dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaikbaiknya,
penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur.
Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah
selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju
ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa
yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan).
Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan
ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap
orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan
senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah
kesesatan dan kejahilan.
Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu.
Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan
Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang
dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai
ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang
hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan
Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan
bahasa yang dipakai bangsa ini.
Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan
kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa
Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekalidua
kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu
datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang
didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya.
Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan
segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu
bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja
yang seadil-adilnya dimuka bumi ini.
Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk
melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka
memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan
Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan
untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan
kerugian kepada Iskandar Zulkarnain.
Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab:
Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan
pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya
kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi,
tembaga, arang batu dan kayu.
Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja
dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api
dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu
dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu
dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi.
Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa
antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi
raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa.
Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini
adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang
dapat menembus dinding ini, bila dikehendakiNya.
Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu.
Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri
lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya
kini meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India,
sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang
belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini
hidup dengan aman tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat
pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya.
Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia,
kerajaan yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah,
kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang
ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah
dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat,
menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan
pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu
dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar
itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang
berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini
akan menjelma lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan
berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat,
yang adil dan makmur.
Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu
kedatangan Iskandar Zulkarnain abad keduapuluh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar