Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan
kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada
ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri
baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.
Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, “Adakah sesiapa di antara
kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini
bagi pihak aku ?”
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, “Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu.”
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan
menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, “Lihatlah bahawa orang
ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan
sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita
dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan
pun yang ada di rumah kita.”
Lau isterinya menjawab, “Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada
menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya
mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?”
Orang Ansar itu pun berkata, “Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka
dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya
duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang
sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu,
sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu
tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya.”
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga
tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar
semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.
Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang
bermaksud, “Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri
mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan.” (Al-Hasy : 9)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar