pembagian golongan yang sesat dan menyimpang
1.
Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. Mereka
tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a. Kaum
Syiah berpecah kepada 22 aliran.
2. Kaum Khawarij iaitu kaum
yang berlebih-lebihan membenci Syidina Ali kwh, bahkan ada di antaranya
yang mengkafirkan Sayidina Ali kwh. Firqah ini berfatwa bahawa orang
yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij ini kemudiaian
berpecah menjadi 20 aliran.
3. Kaum Muktazilah iaitu kaum yang
berfaham bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat
pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam
Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2
tempat, dam mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja dan
lain-lain. Kaum ini berpecah menjadi 20 aliran.
4. Kaum Murjiah
iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi
mudharat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak
memberi manfaat kalau sudah kafir.
5. Kaum Najariah iaitu kaum
yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni
dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada.
Kaum ini berpecah menjadi 3 aliran.
6. Kaum Jabariah iaitu
kaum yang menfatwakan bahawa manusia ini "majbur" ertinya tidak berdaya
apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1
aliran.
7. Kaum Musyabbihah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa
ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk
atas Kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya. Kaum ini hanya 1
aliran sahaja.
Aliran
Pembahagian
1.
Syiah
22 golongan
2.
Khawarij
20 golongan
3.
Muktazilah
20 golongan
4.
Murjiah
5 golongan
5.
Najariah
3 golongan
6.
Jabariah
1 golongan
7.
Musyabihah
1 golongan
Jumlah
72 golongan
Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham Ahlussunnah wal Jamaah
maka cukluplah 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad
SAW dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.
Adapun
kaum Qadariah termasuk golongan Muktazilah, Kaum Bahaiah dan Ahmadiah
Qadiani masuk gomongan kaum Syiah, kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam
golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari
kaum Ibnu Taimiyah.
Ibnu Taimiyah
Antara kesesatan yang dinyatakan dalam kitab ini adalah seperti berikut:
- Tuhan duduk di atas arasy seperti duduknya
- Tuhan turun daripada langit tiap malam seperti serupa dengan turunnya Ibnu Taimiyah daripada mimbar
- Bepergian ziarah ke makam Nabi saw adalah HARAM
- Berdoa dengan bertawasul
- Terlalu cepat menghukum kafir kepada individu
- Tarikat-tarikat sufi adalah HARAM
- Fatwa fiqh Ibnu Taimiyah yang mengelirukan
- Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadakan
- Talak 3 jatuh 1
- Tuhan bertubuh, bertempat dan berpindah
- Tuhan sama besar dengan arasy
- Nabi Saw tak maksum
- Menyeleweng 3 jurusan iktikad Tauhid , tasawuf dan fiqh
Wahabi
- Berdoa dengan bertawasul adalah syirik
- Istighsah adalah syirik – memohon pada yang telah mati
- Bepergian ziarah kubur adalah haram
- Hisap rokok adalah haram dan syirik
- Kesan mauled diruntuhkan
- Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wassifat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar